Friday, March 13, 2009

Permandangan






Saturday, March 7, 2009

KUBU (QAL'AH) SALAHUDDIN


Qal'ah ini dibina oleh Panglima Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 1183M untuk mempertahankan Kaherah daripada serangan-serangan luar khususnya semasa Perang Salib. Di sebelah utara benteng pula, terdapat Masjid al-Marmari yang dipenuhi dengan marmar dan granit. Namun kini, ia dikenali sebagai Masjid Muhammad Ali. Selain itu tedapat juga dua buah muzium di Qal'ah ini iaitu Muzium Permata (Qashrul Jawharah) yang terdapat perhiasan raja - raja Mesir seperti singgahsana Raja Farouk dan muzium polis (Mathaf as-Syuthah) yang terdiri daripada enam bahagian. Di antaranya ruangan yang pernah digunakan oleh polis Mesir sepanjang sejarahnya, ruangan dokumen-dokumen penting sejak pemerintahan Muhammad Ali Basya hingga kini dan ruangan-ruangan lain.

Di kawasan Qal'ah ini juga terdapat muzium kesenian Islam (Mathaf al-Fan al-Islam). Muzium ini pada mulanya berada di daerah Bab el-Khalq iaitu di hadapan gedung Mudriyah Amnil Qahirah dan menyimpan dalam lingkungan 50 ribu benda yang melambangkan kesenian Islam sejak zaman Nabi S.A.W. Antaranya surat Rasulullah S.A.W yang dihantar kepada pemimpin Mesir yang bernama Mukaukis yang mengajaknya untuk memeluk lslam.

KUBU (QAL'AH) SALAHUDDIN


Qal'ah ini dibina oleh Panglima Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 1183M untuk mempertahankan Kaherah daripada serangan-serangan luar khususnya semasa Perang Salib. Di sebelah utara benteng pula, terdapat Masjid al-Marmari yang dipenuhi dengan marmar dan granit. Namun kini, ia dikenali sebagai Masjid Muhammad Ali. Selain itu tedapat juga dua buah muzium di Qal'ah ini iaitu Muzium Permata (Qashrul Jawharah) yang terdapat perhiasan raja - raja Mesir seperti singgahsana Raja Farouk dan muzium polis (Mathaf as-Syuthah) yang terdiri daripada enam bahagian. Di antaranya ruangan yang pernah digunakan oleh polis Mesir sepanjang sejarahnya, ruangan dokumen-dokumen penting sejak pemerintahan Muhammad Ali Basya hingga kini dan ruangan-ruangan lain.

Di kawasan Qal'ah ini juga terdapat muzium kesenian Islam (Mathaf al-Fan al-Islam). Muzium ini pada mulanya berada di daerah Bab el-Khalq iaitu di hadapan gedung Mudriyah Amnil Qahirah dan menyimpan dalam lingkungan 50 ribu benda yang melambangkan kesenian Islam sejak zaman Nabi S.A.W. Antaranya surat Rasulullah S.A.W yang dihantar kepada pemimpin Mesir yang bernama Mukaukis yang mengajaknya untuk memeluk lslam.

Monday, March 2, 2009

hubungi kami

contact

Ezwan
+20119702882
+60194287725
email: cucu_tok@yahoo.com

Hj Man

Ust Firdaus
+20106790050
email: al_muttaqqin@yahoo.com

Sunday, March 1, 2009

Sungai Nil

wikipedia Sungai Nil

Sungai Nil di Mesir
Punca Afrika
Muara Laut Mediterranean
Negara-negara lembangan Sudan, Burundi, Rwanda, Congo, Tanzania, Kenya, Uganda, Ethiopia, Mesir
Panjangnya 6,695 km (4,180 batu)
Ketinggian punca 1,134 m (3,721 kaki)
Luahan purata 2,830 m³/s (99,956 kaki³/saat)
Keluasan lembangan 3,400,000 km² (1,312,740 batu²)

Sungai Nil (bahasa Inggeris: Nile; bahasa Arab: النيل‎,an-nīl; bahasa Mesir Kuno iteru, bahasa Qibti piaro atau phiaro) ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di Afrika. Sungai Nil umumnya dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia. [1]

Sungai Nil mempunyai dua cawang yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah sumber untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Puith adalah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini. Sungai Nil Putih berpuncakan kawasan Tasik-tasik Besar di Afrika Tengah, dengan titik punca terpencilnya di Rwanda Selatan (2° 16′55.92″S, 29° 19′52.32″T,) dan mengalir ke utara merentasi Tanzania, Tasik Victoria, Uganda, dan bahagian selatan Sudan, manakala Sungai Nil Biru berpunca di Tasik Tana, Ethiopia, dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran dengan Khartoum, ibu negara Sudan.

Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasi gurun, dari Sudan masuk ke Mesir, sebuah negara yang tamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.

Sungai Nil tamat di sebuah delta yang mengalir masuk ke Laut Mediterranean.

SEJARAH MESIR

Mesir
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Jump to: navigation, search
Republik Arab Mesir
جمهوريّة مصرالعربيّة
Jumhūriyat Misr al-Arabiyah


Lagu Kebangsaan: Biladi, Biladi, Biladi (بلادى بلادى بلادى)
Bahasa rasmi Arab
Ibunegara Kaherah (القاهرة)
Presiden Hosni Mubarak
(حسني مبارك)
Perdana Menteri Ahmed Nazif
(عاطف عبيد)
Keluasan 1,001,450 km²
Penduduk


- Jumlah (2007)
- Kepadatan



82,982,364
74/km²
Kemerdekaan - Tarikh Daripada United Kingdom
28 Februari 1922
Pengisytiharan sebagai Republik = 18 Jun 1953
GDP (PPP)
- Tarikh
- Per kapita Anggaran 2006
$329.791 billion
$4,836
Matawang Paun Mesir (EGP)
Zon masa UTC +2
Domain Internet .eg
Kod IDD 20

Mesir (B. Arab: مصر Miṣr) merupakan sebuah negara di Afrika Utara. Mesir bersempadan dengan Libya, Sudan, Jalur Gaza dan Israel serta Laut Mediterranean dan Laut Merah. Walaupun Mesir mempunyai keluasan tanah yang besar (1 juta km², kebanyakan penduduknya mendiami kawasan-kawasan tebing Sungai Nil, terutamanya bandar Kaherah dan Iskandariyah.

Kawasan Mesir merupakan tapak tamadun awal Mesir Purba. Monumen-monumen Mesir Purba seperti Piramid Giza, Sphinx, Kuil Luxor dan sebagainya menjadi tarikan berjuta-juta pelancong luar negeri setiap tahun. Kini, Mesir merupakan antara negara Arab terpenting di Timur Tengah.
Jadual isi kandungan
[sorok]

* 1 Sejarah
o 1.1 Dinasti-dinasti Mesir Purba
o 1.2 Zaman Moden
* 2 Pautan luar

Sejarah

Lembah Nil sudah menjadi kawasan petempatan kekal manusia sejak Zaman Paleolitik. Penduduk awal bertanam cucuk, memburu, serta memancing untuk menyara hidup. Menjelang 6000 S.M., kehidupan penduduk menjadi lebih berorganisasi. Firaun Menes telah menyatukan wilayah-wilayah di lembah Nil dan menubuhkan kerajaan Mesir yang pertama pada 3200 S.M. Dengan ini, pemerintahan Mesir secara dinasti bermula.

[Sunting] Dinasti-dinasti Mesir Purba

* Zaman Protodinastik (3200 - 3000 S.M.)
* Zaman Dinasti Awal (~3000 - 2575 S.M.)
o Dinasti Pertama (~3000 - 2890 S.M.)
o Dinasti Kedua (2890 - 2575 S.M.)
* Kerajaan Lama (~2630 - ~2150 S.M.)
* Zaman Pertengahan Pertama (~2150 - 2055 S.M.)
* Kerajaan Tengah (~2030 - 1640 S.M.)
* Zaman Pertengahan Kedua (~1640 - ~1549 S.M.)
* Kerajaan Baru (1550 - 1077 S.M.) - pemerintahan Tutankhamun
* Zaman Pertengahan Ketiga (1070 - 644 S.M.)
* Zaman Lewat (672 - 330 S.M.)
o Empayar Achaemenid (penaklukan Parsi pada 525 S.M.)
* Zaman Graeco-Rom
o Dinasti Ptolemaic (305 - 30 S.M.)

Di bawah firaun Ptolemaic cleopatra, Mesir ditewaskan dan ditakluk oleh Empayar Rom selepas Perang Actium. Selepas pemisahan Empayar Rom, Mesir diletakkan di bawah Empayar Rom Timur, iaitu Empayar Byzantine yang beragama Kristian. Pada 639 M., Mesir dikuasai oleh kerajaan Arab yang dipimpin oleh Khalifah. Pada zaman inilah penduduk Mesir memeluk agama Islam. Mesir kemudiannya dijajah oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah.

[Sunting] Zaman Moden

Terusan Suez dibina pada 1869 dan menjadikan Mesir sebagai pusat perhubungan dan pengangkutan sedunia. Pertikaian antara kerajaan Uthmaniyyah dan British mendorong kepada pengambilan kawasan Mesir oleh pihak British pada 1914. British melantik Husayn Kamil sebagai Sultan Mesir.

Akibat gerakan nasionalisme yang hebat, British mengiytiharkan kemerdekaan Mesir pada 22 Februari 1922. Kerajaan baru ditubuhkan dan bersifat raja berperlembagaan. Pada 1948, Mesir terlibat dalam serangan oleh negara-negara Arab terhadap Israel tetapi kalah dalam perang tersebut. Golongan nasionalis yang tidak puas hati telah menggulingkan institusi monarki pada 1952 dalam Revolusi Mesir dan mengisytiharkan Republik Arab Mesir pada 1953.

Gamal Abdel Nasser menjadi Presiden Republik pada 1954 dan mengisytiharkan kemerdekaan penuh daripada United Kingdom. Tindakan Abdel Nasser memiliknegarakan Terusan Suez pada 1956 mambangkitkan kemarahan United Kingdom dan Perancis, dan mengakibatkan konflik tentera, iaitu Krisis Suez. Dalam Perang Enam Hari 1967, wilayah Mesir, iaitu Semenanjung Sinai dan Jalur Gaza ditakluk oleh Israel.


Pengebumian Abdel Nasser

Abdel Nasser meninggal dunia pada 1970 dan digantikan oleh Anwar Sadat. Pada 1973, Mesir dan Syria melancarkan Perang Yom Kippur bagi mendapat balik wilayah Semenanjung Sinai dan Bukit Golan. Campur tangan pihak Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet berjaya memulakan gencatan senjata. Pada 1977, Sadat menandatangani perjanjian damai dengan Israel untuk mendapatkan balik Semenanjung Sinai. Tindakannya mencetuskan kemarahan dalam kalangan penduduk Arab di dalam dan luar Mesir. Pada 1981, Sadat telah dibunuh.

Sadat digantikan oleh Hosni Mubarak yang merupakan Presiden Mesir sehingga hari ini.

ISKANDARIAH

ISKANDARIAH

Tempat - tempat menarik di Iskandariah di antaranya:

MASJID DAN BENTENG QEIT BEY

Kedua - dua senibina ini dibina oleh salah seorang Sultan Memalik yang memimpin pada tahun 1472M. Ia dibina untuk mempertahankan Iskandariah daripada serangan - serangan luar. Luas benteng ini secara keseluruhannya adalah 2 hektar. Apabila diiihat dari aspek senibina masjidnya pula, terdapat paduan corak seni Islam yang sangat indah.

MASJID ABU AL-ABBAS AL-MURSI

Masjid ini terletak di tepi pantai Iskandariah. Masjid ini menjadi kebanggaan masyarakat di situ kerana bentuk senibina segienam yang unik dan penuh kaligrafi menarik. Di dalam masjid tersebut ditempatkan makam Al - Mursi iaitu seorang ulama' sufi yang giat dalam usaha dakwah. Beliau juga merupakan murid kepada Hasan Syadzili (pembina tarekat Syadziliah terkenal).

MAKAM LUQMAN AL-HAKIM DAN NABI DANIEL

Kedua - dua masjid tersebut berada di bawah sebuah masjid di pusat kota Alexandaria.

ROMANIAN THEATRE (AL-MASRAH AL-RUMANY).

Ia ditemui di kawasan Koum Ad -Dukkan pada tahun 1960 serta merupakan kesan tinggalan sejarah Rom sewaktu menguasai Alexandaria. Tempat duduknya membentuk setengah putaran yang khas dengan 12 anak tangga yang masih tinggal.

RUMAH API KUNO ALEXANDARIA (MANARAH AL-ISKANDARIAH AL-QODIMAH)

Rumah api ini dibina di bahagian paling timur Iskandariah pada tahun 280 M. Ia terdiri daripada empat tingkat dengan ketinggial 135 meter. Pada waktu dahulu, rumah api ini merupakan salah satu daripada keajaiban dunia tetapi sebuah gempa yang dahsyat telah memusnahkan seluruh rumah api tersebut. Di tempat itu kini terdapatnya Benteng Qeit Bey

PANTAI DAN TAMAN MONTAZAH

Pantai dan Taman Montazah ini merupakan tempat kunjungan musim panas bagi raja - raja Mesir sebelum revolusi 23 Julai 1972 (daripada sistem kerajaan Republik). Di dalam taman pinggir laut seluas 155.4 hektar ini terdapat istana Raja Farouk vang memiliki senibina yang begitu indah ditambah lagi dengan kedudukannya yang terletak di dataran tinggi serta menghadap ke arah Laut Tengah. Istana itu kini menjadi tempat yang disediakan bagi menyambut tetamu - tetamu yang mengunjungi Alexandaria.

MUZIUM PERMATA KERAJAAN (MATHAF AL -MUJAWHARAT AL - MALAKIYAH).

Pada asalnya muzium ini merupakan istana salah seorang permaisuri yang terletak di kawasan Zizina. Di dalam muzium ini terdapat pelbagai harta perhiasan yang antik milik keluarga kerajaan yang kini telah diambil oleh pemerintah selepas revolusi 1952.

MUZIUM YUNANI - ROMAVY

Muzium ini didirikan pada tahun 1891 untuk memelihara bahan - bahan sejarah Yunani dan Rom yang pernah menguasai Alexandaria suatu ketika dulu. Terdapat dalam lingkungan 50 ribu benda seni yang digunakan antara abad 3 hingga 5 Masihi di dalam muzium ini.

Selain tempat - tempat tersebut, di sepanjang pantai barat juga banyak kedapatan kawasan - kawasan menarik yang lain seperti Qoriah Diplomasiyin ( milik keluarga Kementerian Negeri Mesir), Pantai Syuruq 21 km sebelah barat Alexandaria ), Pantai Maraqiya (50 km ke arah barat Alexandaria), Syathi Gharm di Marsa Matruh ( tempat berpautnya kisah cinta antara Ratu Cleopatra dengan Mark Antonio ) dan sebagainya.

KAHERAH

PIRAMID DI GIZA

Piramid adalah antara tujuh keagungan dunia yang diketahui ramai akan kewujudannya.Ia adalah yang terunik-satu antara berjuta. Malah ia juga satu-satunya keajaiban yang masih wujud hingga kini. Ia terletak di Giza, bandar purba Memphis dan kini sebahagian daripada Cairo, Egypt. Terdapat tiga piramid yang terkenal iaitu Piamid Khufu, Piramid Menkaure dan Piramid Khefre.

SEJARAH PEMBINAAN

Monumen ini dibina oleh pharoah Khufu iaitu pemerintah dinasti empat, kira-kira pada tahun 2560 SM berfungsi sebagai tempat persemadian baginda selepas kemangkatannya. Pembinaan piramid ini dikatakan sopistikated oleh masyarakat purba Egypt kerana idea rekabentuknya yang sungguh menarik. Piramid ini dikatakan mengambil masa yang lama untuk dibina iaitu selama 20 tahun.
sewaktu ia dibina ia berukuran 145.75m (481 kaki) tinggi. Setelah tahun demi tahun berlalu, piramid telah hilang 10m (30 kaki) ketinggiannya akibat hakisan.

Struktur ini terdiri daripada kira-kira 2 juta blok batuan, dengan berat satu-satu batu tersebut melebihi 1 @ 2 tan

Di kawasan berhampiran piramid ini juga ditemui(1798) sebuah bot yang digunakan untuk membawa mayat raja-raja khufu sebelum ia dibawa untuk disemadikan di dalam piramid dan ia juga dikatakan sebagai kenderaan terakhir buat seorang raja sebelum ia disemadikan buat selama-lamanya. Di bahagian piramid yang mengadap utara terletaknya pintu masuk

Yang menariknya, blok batu-batuan ini disusun dengan begitu rapat sehinggakan sekeping kad pun tidak dapat memasuki celahan pada batu

Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.

Lokasi

Piramid Agung Kufu merupakan piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara tiga piramid (Piramid Kufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure) di Bandar Kematian Giza, Mesir


piramid sakkara

Sakkara is one section of the great necropolis of Memphis, the Old Kingdom capital and the kings of the 1st Dynasty as well as that of the 2nd Dynasty. are mostly buried in this section of the Memphis necropolis. It has been of constant interest to Egyptologists.

firaun

Firaun ( فرعون ) atau Pharaoh (פַּרְעֹה Par‘ō); merupakan gelaran yang merujuk kepada pemerintah Mesir ketika tempoh pra-Kristian dan pra-Islam